Selamat Datang Ke E-Vendor UTeM
Logo

PENDAFTARAN SEBAGAI PEMBEKAL/KONTRAKTOR UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan sebuah Universiti Awam ingin mempelawa semua pembekal tempatan yang berminat dan mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu mendaftar sebagai pembekal UTeM secara dalam talian.

GARIS PANDUAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH BAKAL PEMBEKAL
No. Garis Panduan
1 Pembekal bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan benar termasuk menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan, semasa proses pendaftaran.
2 Pendaftaran adalah tertakluk kepada maklumat pembekal yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi jenis perniagaan/syarikat ROB atau ROC. Sebarang perubahan atau pertikaian terhadap maklumat pembekal, sila rujuk dan kemaskini di SSM terlebih dahulu sebelum mendaftar di sistem e-Vendor UTeM.
3 Pembekal hendaklah memastikan maklumat yang diisytiharkan adalah benar. UTeM mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya maklumat yang diisytiharkan didapati tidak benar atau tidak tepat.
4 UTeM berhak untuk memanggil atau tidak pembekal yang berdaftar atas sebab-sebab tertentu.
5 Syarikat-syarikat yang mendaftar dengan UTeM tidak boleh dianggap sebagai agen atau syarikat yang disyorkan oleh UTeM.
6 Pembekal perlu membuat pembayaran sepenuhnya secara atas talian untuk tujuan pembayaran, iaitu RM 80.00 untuk Yuran Pendaftaran dan RM 50.00 untuk Yuran Pengaktifan.
Daftar Sebagai Pembekal UTeM