⚠️ AMARAN PENIPUAN PEROLEHAN UTeM ⚠️
PERHATIAN KEPADA SEMUA VENDOR/PEMBEKAL BERDAFTAR UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ingin mengingatkan
semua vendor/pembekal agar sentiasa berwaspada terhadap
kegiatan penipuan (SCAM) oleh pihak tidak bertanggungjawab
yang menyamar sebagai pegawai UTeM bagi menawarkan sebut harga
atau perolehan palsu.
Pihak Universiti telah menerima aduan berkaitan penyalahgunaan
nama dan identiti UTeM serta penggunaan dokumen yang menyerupai
dokumen rasmi Kerajaan bagi memperdaya pembekal.
Sehubungan itu, semua vendor/pembekal dinasihatkan supaya:
-
Tidak mudah mempercayai tawaran perolehan yang diterima
melalui WhatsApp, panggilan telefon atau saluran tidak rasmi.
-
Membuat pengesahan terus dengan Unit Perolehan UTeM
sekiranya menerima tawaran yang meragukan.
-
Tidak membuat sebarang bayaran atau menyerahkan maklumat
sulit kepada individu yang tidak dapat disahkan identitinya.
-
Merujuk kepada sistem eVendor dan saluran rasmi UTeM bagi
mendapatkan maklumat berkaitan urusan perolehan Universiti.
UTeM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG URUSAN ATAU
TAWARAN PEROLEHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH PIHAK TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB.
Kerjasama semua vendor/pembekal dalam membendung kegiatan
penipuan ini amat dihargai.
PEJABAT BENDAHARI
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)